Wednesday, 30 January 2019

4 Manfaat Memasak Bersama Anak

Bismillahirrahmanirrahim..


Ihsan foto: Google 

Pernah memasak bersama anak? Jika belum, jom cuba! Tentu kita akan dapati banyak manfaat daripada aktiviti bersama ini, di samping dapat menyediakan sajian sihat dari rumah. Apa manfaatnya ya? Yuk kita baca:

1) Mengenal Lebih Banyak Jenis Makanan

Diambil dari laman WebMD.com, Susan Moores, MS RD, Jurucakap American Dietetic Association mengatakan bahawa memasak bersama anak dapat membantu dalam menarik minat anak mencuba makanan baru. Anak-anak juga dapat mengeksplorasi makanan menggunakan deria lainnya selain deria rasa seperti deria bau dan deria sentuh.

Tak perlu menu yang payah dan leceh, aktiviti memasak ini boleh jadi berbentuk sederhana dan sangat mudah seperti membasuh sayur, mengacau adunan bater, mengusun strawberi di atas kek, dan sebagainya. Secara tidak lansung, kita akan lihat anak-anak lebih suka makan makanan yang telah disediakannya bersama-sama kita. Tiada lagi episod paksa makan untuk anak-anak. Lebih 'enjoyable' kan? Anak-anak pun boleh kenal makanan yang baik untuk kesihatannya.

2) Tingkat Kemampuan dan Daya Anak

Dengan aktiviti memasak, anda boleh lebih berkreativiti dalam meningkatkan kemampuan asas anak-anak seperti mengira, membaca, mahupun mengukur, sesuai dengan usia mereka. Contohnya, anak berusia 3 tahun diajar untuk mengira bilangan telur, anak 5 tahun diajar untuk menuang air sehingga 250ml, dan sebagainya.

Jadi, dengan melibatkan anak-anak, mereka akan sentiasa aktif untuk berfikir saat melakukan tugasan. Aktiviti memasak boleh jadi aktiviti yang sangat menarik untuk mereka belajar, tanpa bosan apabila hanya perlu duduk diam di meja belajar untuk membaca dan membuat latihan.

3) Tingkat Keyakinan Diri Anak

Memasak bersama anak mampu meningkatkan keyakinan diri anak. Bagaimana? Pada usia kanak-kanak, mereka sangat suka untuk menunjukkan bahawa mereka boleh dan mampu lakukan sesuatu dengan sendiri. Jadi, apabila mereka berjaya menghasilkan sesuatu menu bersama kita, mereka akan merasa sangat bangga dan ingin orang sekeliling untuk mencuba.

Jangan lupa untuk memuji usaha mereka. Walaupun nampak kecil, namun hali ini dapat menghasilkan rasa yakin diri anak-anak dan lebih percaya diri untuk melakukan sesuatu sehingga berhasil. Jika mereka ada melakukan kesilapan, bimbing mereka dengan nada yang baik. Jangan sesekali meninggikan suara supaya mereka betul-betul berasa seronok dalam proses pembelajaran ini.

4) Masa Berkualiti Bersama Anak

Dengan melakukan aktivi memasak bersama, ia meningkatkan waktu dan peluang berkomunikasi antara ibu dan anak. Hal ini dapat membentuk hubungan yang kuat antara keduanya. Jadi, mulakan dari sekarang, kerana komunikasi ini perlu diadakan seawal mungkin, sejak anak sudah mampu memahami arahan kita.


“Jemari menyusun kalam
Fikir, bertindak memberi faham
Mengumpul bekal temu Rabbul alam”

Monday, 28 January 2019

Resepi Chef Junior: Biskut Coklat Chip

Bismillahirrahmanirrahim..

Anda sedang mencari resepi mudah? Mencari idea untuk memasak bersama anak-anak? Ini antara resepi yang boleh anda gunakan.


Biskut Coklat Chip (baca: chocolate chip cookies) ala-ala Famous Amos, tapi kurang manis. Keistimewaan apabila kita sendiri yang menyediakannya di samping mendapat masa bersama anak-anak, ialah dapat mengawal kadar gula dalam pemakanan juga jimat!

Resepi bagi 100 keping biskut. Jika mahukan lebih, gandakan sahaja adunan kecuali telur, hanya 1 biji sahaja.

Bahan A:
1/4 cawan gula halus/ kaster
1/2 cawan perang
1/2 cawan butter (+-75g)
1/2 cawan minyak jagung/ minyak masak
1 biji telur gred A
1/4 sk garam
1/2 sb susu (segar/tepung)
1/2 sk esen vanila

Bahan B:
2 cawan tepung gandum
1 sb serbuk koko
1 sb tepung jagung
1/2 sk cream of tartar (boleh diganti dengan 1/2 sk cuka/lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1 cawan choc chip (boleh diganti cooking choc yang dipotong kecil)
1/2 cawan kacang (walnut/ sunflower seeds atau apa2 jenis kacang)

Cara-caranya:

1) Satukan semua Bahan A dalam bekas besar, adunkan sebati menggunakan whisk.

2) Ayakkan tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonat, tepung jagung dan cream of tartar.

3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan. kacau menggunakan spatula.

4) Masukkan kekacang dan choc chips. Jangan risau, adunan memang agak lembik.

5) Sejukkan/ keraskan adunan sebentar lebih kurang setengah jam di dalam peti ais.


6) Sementara panaskan oven, bolehlah disusun biskut di atas loyang pembakar. Mudah, hanya menggunakan sudu, letak kecil2 dan jarakkan. Loyang tidak perlu dilenser butter.

7) Bakar pada suhu 160C selama 20 minit. Gunakan api atas bawah, dan fungsi kipas (jika ada).



8) Angkat, dan sejukkan di atas jaring.

9) Dah sejuk, baru simpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba!


“Jemari menyusun kalam
Fikir, bertindak memberi faham
Mengumpul bekal temu Rabbul alam”


Sunday, 27 January 2019

6 Sebab Pentingnya Carseat

Bismillahirrahmanirrahim..



Selalu kita terbaca di akhbar atau menonton di televisyen tentang kecederaan mahupun kematian kanak-kanak dalam kemalangan kenderaan disebabkan tidak menggunakan kerusi keselamatan (baca: carseat). Jadi, tidak pelik kenapa banyak negara Eropah seperti Australia, US dan negara-lain telah mewajibkan untuk meletakkan anak di atas carseat ketika kereta bergerak, jika tidak dapat patuhi peraturan ini, akan disaman.

Berikut adalah 5 SEBAB PENTINGNYA CARSEAT:

1) Statistik Kemalangan



Statistik yang telah dibuat oleh MIROS (Malaysian Institute of Road Safety Research) menunjukkan kematian kanak-kanak akibat kemalangan kereta dapat dikurangkan kepada 70% dengan penggunaan carseat yang sesuai dan cara yang betul. Ia adalah langkah utama bagi melindungi anak-anak dari kecederaan serius.

2) Tali Pinggang Keselamatan (baca: Seat belt) Direka Khas bagi Orang Dewasa

Seat belt di dalam kereta saiznya sesuai dengan orang dewasa, di mana ia menyilang antara pinggang, dada dan bahu. Apabila pelanggaran (baca: accident) berlaku, daya hentakan akan tersebar dengan rata pada masa yang sama, mengurangkan kecederaan tisu dalaman. Sebaliknya, jika dipakaikan pada kanak-kanak, tali akan menyilang pada leher, dan ia sangat berbahaya.

3) Malang Tidak Berbau

Jika berlaku kemalangan, pada masa yang sama kanak-kanak tidak menggunakan carseat, mereka akan melonjak ke hadapan dan hanya akan berhenti jika terdapat objek yang menghalang. Ia menjadi antara sebab berlakunya pendarahan dalam kepala akibat hentakan, atau tercampak keluar kereta.

4) Fungsi Keselamatan



Fungsi carseat ada tiga. Pertama, melindungi & menjauhi badan dari struktur kenderaan semasa kemalangan. Kedua, mengurangkan momentum dalam keadaan terkawal dan terakhir ialah menyebarkan daya ke arah anggota badan yang lebih kuat dengan kecederaan minumum pada organ dalaman. Jadi, pastikan mengikut arahan semasa memasang carseat agar ia dapat berfungsi dengan  baik.

5) Fokus pada Pemanduan

Kanak-kanak lumrahnya tidak dapat duduk diam dan cepat bosan. Semestinya fokus pemanduan akan terganggu kerana pengawasan perlu diberikan di sepanjang perjalanan. Dengan adanya carseat, pengawasan amat minimum dan fokus pemaduan juga kurang terganggu.

Setelah tahu peri pentingnya carseat, terletak pada kita sebagai ibubapa untuk memberian yang terbaik buat anak-anak. Pilihlah carseat yang sesuai mengikut umur dan disahkan oleh SIRIM.


“Jemari menyusun kalam
Fikir, bertindak memberi faham
Mengumpul bekal temu Rabbul alam”

Anak Diajar Bulan

Bismillahirrahmanirrahim..




Sudah menjadi kebiasaan kami berulang-alik Pasir Puteh- Kota Bharu. Perjalanan memang memerlukan daya kreativiti yang tinggi bagi mengelakkan anak-anak bosan berada di dalam kereta yang membataskan pergerakan mereka. Yang paling penting, supaya anak-anak mampu bertahan untuk duduk di carseat mereka di sepanjang perjalanan.

Kereta bergerak, Kakak Arwaa memulakan bicara..

"Wah.. Ada bulan. Bentuk circle. Yellow colour.."
.
.
"Ummi.. Bulan ikut kakak lah."
.

.
"Tengok tu, bulan menyorok. Hilang belakang kedai."
.
.
"Eh, sampai rumah bulan ikut."


Macam familiar diolog ni. Sebab rasanya dulu ummi pun gitu. Pelik kenapa bulan ikut kereta gerak.
Memang asyik! Sejam pun tak sedar duduk atas carseat sambil perati ke bulan. Cantik.. Lagi-lagi waktu bulan penuh, terang-benderang malam.

Begitulah bulan. Berfungsi mengikut aturan Tuhan. Patuhnya pada sistem, menghasil manfaat buat sekeliling. Begitu juga diterangkan kepada anak, peraturan di dalam kereta antaranya ialah duduk di atas carseat. Terima kasih anak, kau patuh aturan ini, menjadi salah satu asbab perjalanan kita selamat. Alhamdulillah.

Belajar dari alam. 
Kerana di situ kau kenal Tuhan. 
Kenal, kagum, akhirnya tunduk akan kehebatan. 
Lalu kalimah "Subhanallah" diungkap insan.



“Jemari menyusun kalam
Fikir, bertindak memberi faham
Mengumpul bekal temu Rabbul alam”

Saturday, 26 January 2019

5 Tips Didik Anak Tidak Ketagih Makanan Ringan

Bismillahirrahmanirrahim..


Makanan ringan ataupun dipanggil sebagai jajan merupakan makanan yang tinggi kalorinya, namun tiada nilai nutrisi. Sedang anak-anak yang sedang membesar memerlukan kepada nutrisi yang lengkap bagi perkembangan IQ dan EQ yang sihat.

Jadi ibubapa haruslah bijak dalam mendidik anak-anak supaua tidak ketagih jajan. Saya kongsikan tipsnya yang telah disampaikan oleh Dr Hamid Jan.

TIPS 1: 
Jangan membeli makanan ringan. Jadikan amalan ini sebagai prinsip setiap kali membeli belah di shopping complex mahupun kedai runcit.

TIPS 2: 
Ibubapa elak makan makanan ringan di hadapan anak-anak. Jadilah kita ibubapa yang menjadi contoh tauladan terbaik buat anak-anak. 

TIPS 3: 
Gantikan makanan ringan dengan sajian yang lebih berkhasiat seperti buah-buahan, biskut mahupun roti. Di rumah, sentiasa pastikan stok buah-buahan sentiasa ada di dalam peti ais, boleh dijadikan sajian waktu 'snacking time'.

TIPS 4: 
Jika dalam perjalanan jauh, bekalkan buah-buahan potong, snek sihat, juga bekalan air masak yang mencukupi bagi mengurangkan keinginan membeli jajan.

TIPS 5: 
Tingkatkan pengetahuan tentang bahayanya makanan ringan. Ibubapa boleh bercerita kepada anak-anak akan kesan negatifnya.


Ke arah keluarga yang lebih sihat, insyaAllah!


“Jemari menyusun kalam
Fikir, bertindak memberi faham
Mengumpul bekal temu Rabbul alam”




Ummi Tenang, Anak Happy!

Bismillahirrahmanirrahim..

Ihsan foto: Google

Kakak datang berlari2 meluru ke dalam bilik.
"Ummi, kakak nak makan telur!"

"Ok, boleh. Sekejap ya. Ummi nak pakaikan baju adik"
"Telur pecah, ummi!"


Alahai, pepagi ni jadi cerita pulak dah. 
Stop pakaikan baju, pandang mukanya & senyum.


"Ok, kakak cerita kat ummi."
"Kakak nak telur. Kakak ambil nak masak. Pastu jatuh, pecah."
"Kakak nak rebus telur ya?"
"Haah. Kakak nak makan."


Settlekan kerja berbaki, terus ke dapur dan lap telur yang jatuh.
 Sambil lap sama2,
"Ummi.. Telur ada minyak kan."
"Owh, ni telur putih dia. Lepas rebus yang ni jadi warna white.."
"Ummi, ni yellow. Circle."
"Betul, kakak."
"Warna brown kan kulit dia.."
.
.
.
(lagi dan lagi)


Kadang. 
Ummi hanya perlu kawal emosi
Anak akan dapat ruang belajar & mengekspresi.

Kadang. 
Ummi hanya perlu mendengar
Anak akan peroleh waktu recall & revision.

Kadang. 
Ummi hanya perlu beri perhatian seketika. 
Anak akan rasa dihargai & disayangi.

Begitulah kita. 
Mudah lupa. 
Bila dapat buat macam ni, rasa nak reward diri. 
Mungkin dapatnya jarang sekali, sebab selalu terlebih ekspresi.


Biar jarang, asal pernah. 
Dalam diri diletak azam mendatang. 
Moga terus istiqamah, ummi


Eh, duduk sapu balm Calm Time kat anak2 lepas mandi, calit sikit kat diri sendiri ya.. 
Boleh bantu mak2 pun jadi tenang jugak.


“Jemari menyusun kalam
Fikir, bertindak memberi faham
Mengumpul bekal temu Rabbul alam”


Tasneem Naturel: SKEENZ BALM

Bismillahirrahmanirrahim..




     Bayi yang lahir mempunyai kulit yang sangat sensitif, terutamanya bayi yang mempunyai masalah Ruam, Ekzema, Allergik dan sebagainya. Oleh itu, ibubapa seharusnya bijak dalam memilih produk buat kesayangan. Memperkenalkan Balm 'bongsu' (setakat ini) dari Tasneem Naturel iaitu Skeenz.



     Balm ini mengandungi 10 minyak pati (baca: essential oil) yang terdiri daripada Olus Oil, Beeswax, Shea Butter, Octyldodecanal, Vitamin E, Argan Oil, Blackcurrent Oil, Sunflower Seed Oil, Balloon Plant, dan Rosemary. Semua bahan ini sudah diketahui umu dapa membantu kesembuhan pada masalah kulit bayi, dan yang paling penting ia selamat untuk digunakan pada kulit bayi yang sensitif pada bahan kimia berbahaya.


     Balm Skeenz boleh digunakan bagi mengatasi masalah kulit yang ringan seperti ruam, gatal-gatal, melecet, kulit kering, gigtan nyamuk dan lebam. Ramai ibubapa yang telah berkongsi kegembiraan apabila mendapat kesan positif dari penggunaan balm ini. Berikut adalah testimoninya:








     Dengan fungsi yang pelbagai ini, Balm Skeenz sangat-sangat penting untuk disimpan di setiap rumah yang mempunyai bayi dan anak kecil, termasuk untuk dibawa berjalan. Ia diperlukan pada bila-bila masa kerana kehidupan anak kecil yang sukar dijangka. 
      
     Disarankan juga untuk menggunakan Balm Skeenz bersama Balm Calm untuk mendapatkan hasil yang terbaik.




     Namun, jika masalah berlanjutan atau melibatkan masalah kulit yang serius, hendaklah dirujuk terus kepada doktor terdekat anda.



“Jemari menyusun kalam
Fikir, bertindak memberi faham
Mengumpul bekal temu Rabbul alam”


Berminat? Hubungi saya;

WA: 0129282577
                                                            Fb: Muna Majidah Zameran