Bismillahirrahmanirrahim..
"Ummi, boleh kakak tolong?" Ayat ini sangat indah jika keluarnya dari mulut anak yang sudah besar. Tapi bagaimana reaksi kita jika anak yang berusia 3 tahun ke bawah yang menyebutnya? "Argh, serabut!"
Bila anak nak tolong, beri peluang untuk mereka menolong sejak kecil. Raikan kemahuan mereka untuk membantu kita. Inilah ruang untuk membina AUTONOMOUS action. Iaitu, tanpa perlu disuruh, anak dah tahu nak buat sendiri. Dah tahu nak tolong apa, dah tahu bagaimana caranya, walau kadang mungkin tersilap sedikit, inilah waktunya untuk mereka belajar.
Teringat gelagat Arwaa, seorang anak yang berusia 2 tahun. Nampak abahnya terkena kaca dan luka. "Abah, sakit tak? Biar kakak sapu balm." Diambilnya balm Skeenz dan sapu. Kemudian meluru keluar bilik memanggil ummi, "Ummi, abah luka, sakit. Ummi letak tampal2 (baca: plaster)". Hebat kan..
Terkedu juga kami melihat gelagatnya sambil tersenyum, sangat mengerti. Ya, dia tahu memberi. Autonomous care, autonomous action. Faham dan bertindak sebelum disuruh,
Dari mana mereka belajar? Perlu ke kepada pendidikan formal berkaitan hal ini? Tidak! Mereka hanya belajar dari kehidupan mereka sendiri. Tanpa perlu bebelan panjang yang akhirnya tak difahami pun. Hanya 'sikap biar anak tolong' mak ayah yang boleh memupuk perkara ini.
Secara fitrahnya, anak-anak memang rajin waktu kecil. Hanya kesilapan ibubapa/ penjaga yang mematikan ciri hebat ini. Akhirnya, sehingga dewasa, sudah terbiasa, tak akan buat kerja selagi tak disuruh. Di mana salah dan silapnya?
Masa anak nak tolong memasak, kita kata,
"tepi sikit, jangan kacau kat sini, habis tumpah bahan-bahan ni nanti.."
Waktu anak nak tolong tarik trolley shopping, kita kata,
"Tak payahla, beratlah ni. Biar abah tarik, nanti terlanggar-langgar orang"
Dalam hati, takut orang kata kira dera anak, malulah..
Bila anak nak tolong siram pokok, kita tak bagi juga,
"Habislah basah kawasan ni, nanti kotor, bazir air pulak tu, Hisy, rimas.."
Anak nak tolong kemas baju, nak tengok cara kita lipat, kita pula halau lagi,
"Janganlah dekat2 sini, main sana. Nanti rosak baju2 yang dah lipat ni.
Awak bukan pandai pun lagi nak lipat baju.."
Kakak nak tolong tepuk adik, lagi kita suruh jauh.
Sedang si kakak sibuk dendangkan "lailahaillah, Muhammad Rasulullah.."
Risau terlampau risau tahap melebih2 adik akhirnya tak tidur.
Lagi kakak nak tolong suapkan adik, lagi kita halang.
Terpinga si kakak, sebenarnya makanan apa yang boleh adik makan,
caranya bagaimana nak disuap..
Tapi mak pulak marah, jerit2,
"Dah, kau jangan memandai2 nak suap.
Bibik ada boleh tolong bagi makan adik ni"
Sedang sebenarnya mak di depan mata, boleh sahaja pantau cara suapan,
dan diperbetul caranya..
Dengan kejadian2 ni, tak pelik bila selepas 10 tahun, anak tak membantu. Sudah tak autonomous lagi.. Usah hairanlah kenapa.. Pengalaman telah mengajarnya satu perkara, "Lagi selamat untuk tidak membantu..". Kalau pinggan pecah, kena marah bertubi. Kena pulas telinga, rotan dengan hanger, sepak juga (na'uzubillah min dzalik). Astaghfirullahal 'adzim..
Moga kita terus dibimbing-Nya menjadi ibu ayah terbaik buat anak2. Bimbing dan didik anak dengan hati yang penuh kasih sayang. Anak hebat bermula dengan didikan hebat di rumah, InsyaAllah :)
“Jemari menyusun kalam
Fikir, bertindak memberi faham
Mengumpul bekal temu Rabbul alam”
No comments:
Post a Comment