Thursday, 17 January 2019

Home-Made Play Dough: Mudah, Jimat & Selamat

Bismillahirrahmanirrahim..

     Kakak Arwaa sangat suka main playdoh. Awalnya kami beli playdoh di Mr. DIY, sekotak, pelbagai warna. Ya Allah, sekejap je mainnya dah hilang. Kalau tak simpan dalam bekas semalaman, memang confirm keras! Dah rosak.

     Tambah-tambah lagi ada yang berterabur kecil-kecil tu Adik Aman kutip satu-satu dan masuk mulut, alahai.. Sengih Adik Aman bila disuruh buka mulut, dan akan mengamuklah lepas dikorek mulutnya. Risau betul ummi, kandungan kimianya (baca: chemical substances) masuk dalam perut anak kan.

     Bila jumpa je resepi playdoh ni, terus pergi cari barang. Bahan2nya semua daripada sumber makanan, tak risau kalau termasuk mulut. Buatnya pula tak sampai 5 minit dah siap, berbaloi2 kot! Ingatkan lama, tengok proses macam leceh nak masak2 pulak. Tapi seriusly, sekejap sangat.



Resepi:

1 cawan tepung gandum
1/4 cawan garam halus
1 cawan air suam
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar krim tartar
2 sudu kecil pewarna makanan

Garam penting sebagai bahan pengawet, krim tartar untuk jadikan doh lembut, elastik & tak mudah lerai. Minyak tak nak bagi lekat di tangan. Tujuan masak untuk jadikan ia tahan lebih lama, sampai 3 bulan pun tahan.

Cara2nya:

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk (sebaiknya guna periuk non-stick, mudah nak basuh).

Satu warna hijau

2. Kacau semua, pastikan tidak berketul.

Satu lagi warna merah

3. Masakkan atas api sederhana. Kacau sehingga masak.

Ni yang dah masak. Yang berketul tu garam kasar ya, haha
(OK, jangan tiru aksi ini dirumah!)

4. Bila nampak tepung dah masak, boleh angkat dan letakkan di atas dulang atau papan pemotong.

Uli-uli, buat bentuk bulat.
Sukatan bahan kat atas untuk 1 warna bulat besar ni

5. Bolehlah uli dengan tangan apabila doh dah sejuk sikit. Uli sampai doh jadi 'smooth'.

6. Siap! Dah boleh bagi anak-anak main.

Simpan elok, boleh main separuh-separuh sahaja ya.

Dah siap main, boleh simpan dalam 'ziplock plastic' (baca: plastik kedap udara). Lepas tu simpan dalam peti ais bahagian 'chiller'. Setakat ni, eksperimen 2 hari, biar playdoh dekat luar pun tak jadi keras, lagi best main dari yang beli kat luar, alhamdulillah :)

Selamat mencuba!


“Jemari menyusun kalam
Fikir, bertindak memberi faham
Mengumpul bekal temu Rabbul alam”






No comments:

Post a Comment