Bismillahirrahmanirrahim..
Berikut adalah 5 SEBAB PENTINGNYA CARSEAT:
1) Statistik Kemalangan
Statistik yang telah dibuat oleh MIROS (Malaysian Institute of Road Safety Research) menunjukkan kematian kanak-kanak akibat kemalangan kereta dapat dikurangkan kepada 70% dengan penggunaan carseat yang sesuai dan cara yang betul. Ia adalah langkah utama bagi melindungi anak-anak dari kecederaan serius.
2) Tali Pinggang Keselamatan (baca: Seat belt) Direka Khas bagi Orang Dewasa
Seat belt di dalam kereta saiznya sesuai dengan orang dewasa, di mana ia menyilang antara pinggang, dada dan bahu. Apabila pelanggaran (baca: accident) berlaku, daya hentakan akan tersebar dengan rata pada masa yang sama, mengurangkan kecederaan tisu dalaman. Sebaliknya, jika dipakaikan pada kanak-kanak, tali akan menyilang pada leher, dan ia sangat berbahaya.
3) Malang Tidak Berbau
Jika berlaku kemalangan, pada masa yang sama kanak-kanak tidak menggunakan carseat, mereka akan melonjak ke hadapan dan hanya akan berhenti jika terdapat objek yang menghalang. Ia menjadi antara sebab berlakunya pendarahan dalam kepala akibat hentakan, atau tercampak keluar kereta.
4) Fungsi Keselamatan
Fungsi carseat ada tiga. Pertama, melindungi & menjauhi badan dari struktur kenderaan semasa kemalangan. Kedua, mengurangkan momentum dalam keadaan terkawal dan terakhir ialah menyebarkan daya ke arah anggota badan yang lebih kuat dengan kecederaan minumum pada organ dalaman. Jadi, pastikan mengikut arahan semasa memasang carseat agar ia dapat berfungsi dengan baik.
5) Fokus pada Pemanduan
Kanak-kanak lumrahnya tidak dapat duduk diam dan cepat bosan. Semestinya fokus pemanduan akan terganggu kerana pengawasan perlu diberikan di sepanjang perjalanan. Dengan adanya carseat, pengawasan amat minimum dan fokus pemaduan juga kurang terganggu.
Setelah tahu peri pentingnya carseat, terletak pada kita sebagai ibubapa untuk memberian yang terbaik buat anak-anak. Pilihlah carseat yang sesuai mengikut umur dan disahkan oleh SIRIM.
“Jemari menyusun kalam
Fikir, bertindak memberi faham
Mengumpul bekal temu Rabbul alam”
No comments:
Post a Comment