Bismillahirrahmanirrahim..
Ini kisah mereka berTIGA
Ini kisah mereka berTIGA
Gambar 2 hari sebelum hari kejadian |
2 orang budak kecil ni kena Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD).
Kakak teruk blister dalam mulut.
Berperang nak bagi minum air.
Alhamdulillah pagi ni dapat makan.
Makan bubur blended, guna syringe.
Adik pula tangan kaki yang teruk.
Sepanjang beberapa malam tak tido.
Alhamdulillah, stay happy dan aktif.
Yang sorang lagi?
Macam cikgu ada cuti sekolah,
Tapi yang kerja macam dia ada cuti kuarantin lah ya.
Kehkeh, rupanya cuti sama macam oncall
Kronologinya begini. Kami bawa adik aman ke program, ramai kanak-kanak yang hadir. Balik tu adik aman kurang makan, kami jangkakan mungkin kerana dia kurang selera, bosan asyik makan nasi bubur jenis yang sama. Adik aman tak merengek, dia ok je, alhamdulillah.
Pada hari ke-3, bangun pagi, baru saya perasan ada yang tak kena. Adik aman tak lalu makan, kakak arwaa juga sama. Saya terus cek pada tangan dan kaki adik aman, ada tanda macam HFMD. Cek pada kakak, tiada. Terus saya message suami dan hantar gambar. Balasnya, "rasa macam dah sah HFMD ni. Takpe, pantau anak macam biasa. Sebab ni viral. Tak perlu antibiotik ke apa. Cuma kalau nampak pelik, bagitau."
Gambar yang dihantar kepada suami, nampak banyak blister mula naik |
Umminya dah risau. Jaga anak dua orang yang tak sihat, malah pertama kali kena HFMD, berdebar juga rasanya. Suami pula perlu oncall pada hari tersebut. Alhamdulillah, bila message dalam grup WA famili, ramai yang support, banyak nasihat.. Hai ibu mana tak sayu tengok ana menangis nak makan tapi tak boleh. Nak minum pun meraung. Tapi insyaAllah dalam 3 hari, anak-anak dah boleh makan semula. Cuma tinggal kesan blister untuk pulih.
Nak share 3 benda penting utk HFMD:
1. Make sure maintain good hydration dan anak kencing macam biasa. Kalau dia refuse untuk minum, kencing kurang, nampak tak bermaya, boleh bawa terus berjumpa Dr.
2. PCM (paracetamol)/ ibuprofen jika perlu. Keduanya dapat mengurangkan sakit badan anak, sengal-sengal yang biasanya membuat anak merengek. Boleh juga sapukan Calm Time Balm Tasneem.
3. Kuarantin 10 hari, paling kurang 7 hari. Ibu bapa akan diberi cuti kuarantin sebanyak 5 hari (tidak termasuk hujung minggu). Seperti kes anak-anak kami, keesokannya kami bawa ke Klinik Kesihatan untuk mendapatkan pengesahan Dr dan surat cuti kuarantin untuk diberikan kepada majikan.
4. Biarkan blister (baca: lepuh) baik dengan sendirinya, jangan dicucuk blister yang belum pecah. Ummi tunggu sampai nampak dah nak kering, pastu sapukan Skeenz Balm Tasneem untuk mempercepat luka pulih.
Tambahan tips boleh tips boleh tengok di photo bawah. Sharing dari famili members. Dalam group tu ada 3 orang Dr, seorang pharmacist.
“Jemari menyusun kalam
Fikir, bertindak memberi faham
Mengumpul bekal temu Rabbul alam”
No comments:
Post a Comment