Bismillahirrahmanirrahim..
Sebulan sebelum perancangan kami ke KL, keputusan syura keluarga telah kami putuskan. Travel ke KL kali ni, kami memilih untuk menaiki BAS setelah 4 tahun tak berulang-alik naik bas. Ya, dedulu memang biasa, 'time single'. Ulang alik sejak form 4 kemaman-JB, kemaman-KL dan pasir puteh-KL pada awal2 kahwin, masih belum sempat berkerjaya, almaklumlah nak jimat duit simpanan, hee.
Kali ni lain sikit 'feeling'-nya. Travel dengan anak2 yang tentunya bukan kerja mudah. Naik kereta pun memacam halnya kan, untuk perjalanan lebih 7 jam.
Asalnya, 'usha2' jugak tiket flight. Yelah. Tak sampai sejam, kaki dah jejak KL. Beza total harga tiket dalam RM160 (tiket flight masih pada harga murah). Bas jimat sebab bayar hanya jika ambil seat & seat kanak2 harga dapat less.
Fikir punya fikir, disebabkan Arwaa masih belum pernah naik bas & skrg dia dalam fasa nak belajar banyak perkara, kami buat keputusan untuk naik bas. Yeah, abah terima proposal ummi! Ya, demi sebuah pengalaman, kami gagahkan. Ecece, bunyi macam berat sgt jer :p
Ummi mengutip semangat dari kata2 yang diambil dr slide k Nurul Hanan Arifin,
"Manipulation of objects critical to development of logical thinking. The more meaningful & varied the child's encounters with the real world are in his early years, the stronger the foundation of logical thinking & receptivity of instruction will be"

Menarik. Ingatkan biasa2, rupanya memang banyak perkara yang dipelajari. Sampai beberapa hari tak habis2 dia asyik cerita kat orang yang dia naik bas. Tak boleh nampak bas, memang dia akan mula cerita, "tadi kakak naik bas.. Wah, seronoknya!" Mungkin baru sekarang dia tahu apa yang ada dalam kotak 'besar gedabaq' yang selalu lalu kat tepi kereta.
Kisah perjalanan kami berempat :) |
By the way, ummi share sikit tips bawak anak-anak travel bas, supaya anak enjoy, mak pak pun happy tak tension2 turun bas. Lalala.
1) Mind-set. Sediakan minda. Cerita kat anak, awal2 lagi. Libatkan anak dalam proses2nya. Dari beli tiket, kemas barang, pilih baju nak pakai dsbg. Cerita apa yang akan berlaku, adab2nya, tempoh perjalanan. Susunan seat pun kami bagitau: kakak-ummi-abah
2) Pilih waktu yang sesuai. Kami pilih travel malam. Waktu anak2 tidur, dan supaya kami pun dapat rehat. Supaya tak banyak drama yang tak diingini. Ohho.
3) Pilih seat yang sesuai. Kami memilih seat di bawah, dan kedudukan tengah-tengah. Sekarang hampir semua bas dari Kelantan dua tingkat, jadi kami pilih duduk di bahagian bawah untuk kestabilan (kata abah), juga mudah untuk angkut barang dan anak-anak. Kedudukan tengah2 (kami seat no 2), sangat selesa, jika di bahagian belakang sekali akan selalu terloncat kalau langgar bonggol.

4) Pilih syarikat bas yang dipercayai dan selesa. Keselamatan yang utama. Travel bersama keluarga kan. Kami pula travel memalam musim tengkujuh, jadi kena pilih molek. Bila driver bawak berhemah, lega i.
5) Bawa barang yang menyebabkan anak-anak selesa. Contohnya, carseat. Selain faktor keselamatan, faktor keselesaan juga menguatkan kami untuk bawa carseat. Arwaa sangat selesa bila dapat tidur atas carseat, manakala Adik Aman pula selesa tidur dengan baby carrier. jika mahu ditambah, pakaikan anak pakaian yang sesuai seperti sweater dan stokin, atau boleh juga bawa selimut sebab bas sangat sejuk.

Kakak happy atas carseat |
Lena abah dan adik aman tidur |
6) Pastikan kit anak2 settle. Barang2 penting anak tak perlu letak dalam bonet bas, letak di kaki/bawah seat sahaja. Mudah nak capai. Adik aman demam waktu ni. Jadi termometer, ubat, air & CF-Rub paling utama letak di tempat yang mudah diambil selain diapers.
7) Pastikan anak2 kenyang. Perut senang, hati pun senang. Kurang meragam, mudah terlena.
8) Doa, sambil2 calit Calm & Sleep Time Balm Tasneem sebelum gerak. Dah serasi balm ni utk dua2nya. Awal2 Arwaa kata tak nak tido, excited mungkin, asyik tengok luar tingkap. Tapi tak sampai setengah jam bas gerak, dah lena. Lena sampai KL, tak sedar2. Alhamdulillah.
Sampai sudah di TBS. Alhamdulillah, ada trolley, yeay! |
Hamdan lillah.
Moga menjadi pengalaman berharga buat Arwaa & Aman.
Kata abah, "tak tau bila lagi kita akan naik bas lepas ni.."
Moga menjadi pengalaman berharga buat Arwaa & Aman.
Kata abah, "tak tau bila lagi kita akan naik bas lepas ni.."
“Jemari menyusun kalam
Fikir, bertindak memberi faham
Mengumpul bekal temu Rabbul alam”
No comments:
Post a Comment