Bismillahirrahmanirrahim..
Buka memory phone, terjumpa gambar Arwaa.
Waktu travel kami ke Queensland last year.
Lokasinya, homestay di Goldcoast.
Senyum.
Tapi di sebalik senyuman ini, sebenanrnya Arwaa tengah tahan sakit perut.
Yeah, sembelit namanya.
Kami ke sana musim sejuk.
Memanglah asyik lupa nak minum air kan.
Arwaa jenis suka minum air, suka minta air.
Sampai ummi lupa nak bagi air kalau dia tak mintak.
Pelik.
Dia tak buang air besar lepas 3 hari di sana.
Ummi sedapkan hati, sebab tempat baru.
Then sampailah nampak dia menangis menjerit tetiba.
Entah kenapa.
Alahai, datang dah rasa risau penyakit mak2 ni.
Rupanya dia tengah meneran.
Meneran kuat punya, sekali dengan muka dan jerit.
Hah, boleh bayang?
Terus bagi dia minum air banyak2.
Tapi puas pujuklah.
Bagi makan strawberry (nasib ada promo kat Coles).
Cuba jugak suap puri buah+sayur.
Kejar2 dia lari sana sini, supaya bertambah pergerakan di usus.
Tapi memang setiap kali teran, reaksi yang sama.
Ended up hanya secalit je kat diapers.
Sampai dia macam takut nak makan/minum sebab masuk tak keluar2.
Buntu.
Susah betul nak keluar yang 'mula-mula' tu.
Tersekat, degil!
Bergerak ke Brisbane, still sama keadaannya.
Dekat seminggu baru pulih.
Jadi macam serik pun ada umminya.
Sekarang?
Heh, senyum tu dah takde sebalik2.
Ummi boleh tarik nafas lega.
Dah tahu nak buat apa.
Cuma lakukan 3 tips ini, dah tak risau.
Cuma lakukan 3 tips ini, dah tak risau.
TIPS 1: Perhatikan D.I.E.T (baca: pemakanan) anak
Jika anak terlalu 'dependant' dengan susu formula (baca: formula milk), perlu dikurangkan pengambilannya, atau cairkan susunya. Moga dengan cara ini anak lebih mudah untuk menerima makanan lain ke dalam diet harian mereka. Ya, susu formula mengandungi tepung, ada campuran kanji seperti corn starch, jadi najis akan keras seperti digam (gam dari kanji kan..)
Tambahkan pengambilan air kerana jika badan kurang air, maka lebih banyak air dari usus yang akan diserap masuk ke dalam salur darah. Kesannya, najis pun akan jadi keras kerana kurang air.
Sumber foto: istock |
Tambahkan juga pengambilan serat (baca: fibre). Fungsi serat adalah untuk menyerap semula air ke dalam usus dan memastikan najis lembut. Jadi masukkan sayur dan buah-buahan ke dalam menu makanan anak.
TIPS 2: Bantu pergerakan usus anak
Galakkan anak untuk bergerak. Ibubapa boleh main kejar-kejar bersama anak, samada berlari, merangkak ataupun meniarap. Dah penat, boleh juga buat senaman kaki anak seperti gaya mengayuh basikal. Pergerakan-pergerakan ini dapat membantu melancarkan pergerakan usus.
TIPS 3: Sapukan T-Rub Tasneem Balm sambil membuat urutan "I LOVE YOU"
Untuk kami, asal Arwaa/Aman nampak susah nak buang air/tak buang air pada waktu rutinnya, terus sapu T-Rub sambil buat urutan "I Love You" seperti di bawah:
Selain T-Rub, boleh juga digabungkan dengan CF-Rub yang juga bertindak sebagai agen melawan kuman. Alhamdulillah, dapat jumpa Tasneem. Belajar cara, guna senjatanya. Yeah, best! Sebab tu tak pelik balm T-rub Tasneem ni memang feveret ummi antara yang lain. Dah jatuh hati, susah nak lepas..
“Jemari menyusun kalam
Fikir, bertindak memberi faham
Mengumpul bekal temu Rabbul alam”
Berminat?
Hubungi saya di
WA: 0129282577
No comments:
Post a Comment