Bismillahirrahmanirrahim..
Ekzema dan allergik selalu disalah ertikan sebagai sinonim. Namun sebenanrnya, keduanya adalah sangat berbeza. Cuma ketika ekzema tengah flare, ia prone to allergic (baca: lebih mudah terdedah)
Jadi tak pelik bila ibu2 yang menjaga anak2 ekzema semakin pening. Makan apa pun naik. Makan apa pun, semakin merah dan berair bahagian ekzemanya. Dan kadang perkara ini menyebabkan ibu2 jadi frust dan tak tahu nak buat apa.
Dikongsikan, beberapa makanan yang berkemungkinan dan biasanya mendatangkan allergik buat anak2 ekzema:
- gandum (baca: gluten)
- telur
- produk tenusu
- kekacang
- ikan berbisa /tidak segar
- seafood
Bagi anak yang dah capai usia 6 bulan dan keatas, yang dah mula makan, boleh perhatikan makanan yang dia allergik. Macam adik aman, setakat ini dia tak boleh makan gandum (roti, biskut, etc), ikan tak segar, telur, dan produk tenusu.
InsyaAllah dalam posting lain saya akan kongsikan food ladders untuk pemakanan ini.
Sweet Potato Fingers. Nama nak canggih kan. Padahalnya jejari keledek je sebenarnya. Yang penting gluten-free, milk-free, eggless tu!
Bila adik aman tak dapat makan gluten, baru terkial2 maknya. Yelah, kami famili yang suka makanan berasaskan gandum. Roti, biskut, jemput2 memang macam dah jadi macam makanan ruji, hurm..
Yummy, sedapnya! |
Dikongsikan resepinya:
1 1/2 cawan keledek rebus (lenyek baru sukat)
1/2 cawan tepung pulut
3/4 cawan tepung beras
1 sdt baking powder
Secubit garam
Minyak untuk menggoreng
1/4 cawan gula (boleh ditambah untuk anak lebih 2 tahun)
Cara-cara:
Buang kulit keledek, potong kecil2 sikit, supaya mudah masak dan rebuskan. Dah lembut, lenyekkan guna apa yang ada di dapur. Cawan, senduk atau garpu pun boleh.
Campurkan semua bahan. Uli sikit2. Dah tak lekat kat tangan, boleh start bentukkan. Macam buat keropok lekor. Kemudian bentukkan seperti jari. Ikutlah nak saiz jari kelingking atau jari ibu. Asal mudah untuk anak makan.
Comel bentuknya, ada gemuk ada kurus, haha.. |
Panaskan minyak dan goreng. goreng sampai keperangan, angkat dan toskan minyak.
Bolehla simpan separuh dalam freezer. Bila2 boleh goreng utk jadi teether bayi. Best kan!
Siap untuk dimakan |
“Jemari menyusun kalam
Fikir, bertindak memberi faham
Mengumpul bekal temu Rabbul alam”
No comments:
Post a Comment