Tuesday, 15 January 2019

Gerun Dengan Papsmear? Ketahui info lanjut tentang HPV DNA Test

Bismillahirrahmanirrahim..

Kanser serviks adalah kanser ketiga yang paling tinggi dihidapi wanita Malaysia. Oleh itu, bersempena Majlis Pelancaran Revolusi ROSE Ke Arah Menuju Penghapusan Kanser Serviks di Malaysia, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, pemeriksaan dikenali sebagai HPV DNA telah dilaksanakan di bawah kelolaan Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
Kredit foto: Projek ROSE

Katanya, "pemeriksaan HPV DNA disyorkan kepada wanita berusia 30 tahun ke atas, dan kaedah ini amat berkesan dalam mengesan kehadiran kanser serviks."
Maksudnya, kini sudah ada cara baru untuk kita mengesan kanser serviks iaitu dengan melakukan ujian HPV DNA. Saya sudah melalui ujian pap smear sebanyak dua kali, memang terasa kegerunannya. Bersyukur setelah membaca berita berkaiatn perkara ini.
Jom kita ketahui beberapa info baru berkaitan prosedur ini jika nak dibandingkan dengan ujian pap smear.
Kredit foto: Projek ROSE

1) self-service

Alahai, memang gerun kan dengan alat spekulum tu. Nampak besar je. Tambah2 lagi memanglah malu. Jadi, yang menariknya HPV DNA Test ini boleh dilakukan sendiri. Hanya 5 minit diperlukan menggunakan kaedah persampelan sendiri. 
Kita akan dibekalkan dengan kit ujian dan boleh mengambil sampel sendiri di kawasan tertutup dengan lebih privasi.

2. SENANG & TAK MENYAKITKAN

Kit ujian yang kita boleh dapati ini tak memerlukan peralatan klinikal khusus, seperti pap smear. Hanya ada berus kecil seperti putik kapas untuk mengambil sampel tisu di kawasan permukaan serviks. Ya, hanya di permukaan. Dengar macam relax kan, rasanya tak sakit.

3. KEPUTUSAN DALAM 3 HARI

Dah selesai mengambil sampel, tak perlu menunggu lama. Keputusan akan dapat hanya dalam 3 hari berbanding pap smear yang memakan sehingga 3 bulan lamanya. Lagi menarik, keputusan akan terus dihantar melalui telefon.
Kalau negatif, kita disyorkan untuk mengulangi semula ujian ini dalam tempoh 5 tahun. Atau jika sebaliknya, perlu ke klinik bagi pemeriksaan lanjutan.

4. AMAT BERKESAN

Menariknya, walaupun kaedah ini nampak lebih mudah, namun ia tetap berkesan dalam mengesan kehadiran kanser serviks sepertimana pemeriksaan pap smear.
...............
Rujukan:
2. https://siraplimau.com/ujian-hpv-dna-malaysia-kanser-serviks/
3. https://web.facebook.com/ProjectROSE.my/?_rdc=1&_rdr 


“Jemari menyusun kalam
Fikir, bertindak memberi faham
Mengumpul bekal temu Rabbul alam”


No comments:

Post a Comment