Wednesday, 30 January 2019

4 Manfaat Memasak Bersama Anak

Bismillahirrahmanirrahim..


Ihsan foto: Google 

Pernah memasak bersama anak? Jika belum, jom cuba! Tentu kita akan dapati banyak manfaat daripada aktiviti bersama ini, di samping dapat menyediakan sajian sihat dari rumah. Apa manfaatnya ya? Yuk kita baca:

1) Mengenal Lebih Banyak Jenis Makanan

Diambil dari laman WebMD.com, Susan Moores, MS RD, Jurucakap American Dietetic Association mengatakan bahawa memasak bersama anak dapat membantu dalam menarik minat anak mencuba makanan baru. Anak-anak juga dapat mengeksplorasi makanan menggunakan deria lainnya selain deria rasa seperti deria bau dan deria sentuh.

Tak perlu menu yang payah dan leceh, aktiviti memasak ini boleh jadi berbentuk sederhana dan sangat mudah seperti membasuh sayur, mengacau adunan bater, mengusun strawberi di atas kek, dan sebagainya. Secara tidak lansung, kita akan lihat anak-anak lebih suka makan makanan yang telah disediakannya bersama-sama kita. Tiada lagi episod paksa makan untuk anak-anak. Lebih 'enjoyable' kan? Anak-anak pun boleh kenal makanan yang baik untuk kesihatannya.

2) Tingkat Kemampuan dan Daya Anak

Dengan aktiviti memasak, anda boleh lebih berkreativiti dalam meningkatkan kemampuan asas anak-anak seperti mengira, membaca, mahupun mengukur, sesuai dengan usia mereka. Contohnya, anak berusia 3 tahun diajar untuk mengira bilangan telur, anak 5 tahun diajar untuk menuang air sehingga 250ml, dan sebagainya.

Jadi, dengan melibatkan anak-anak, mereka akan sentiasa aktif untuk berfikir saat melakukan tugasan. Aktiviti memasak boleh jadi aktiviti yang sangat menarik untuk mereka belajar, tanpa bosan apabila hanya perlu duduk diam di meja belajar untuk membaca dan membuat latihan.

3) Tingkat Keyakinan Diri Anak

Memasak bersama anak mampu meningkatkan keyakinan diri anak. Bagaimana? Pada usia kanak-kanak, mereka sangat suka untuk menunjukkan bahawa mereka boleh dan mampu lakukan sesuatu dengan sendiri. Jadi, apabila mereka berjaya menghasilkan sesuatu menu bersama kita, mereka akan merasa sangat bangga dan ingin orang sekeliling untuk mencuba.

Jangan lupa untuk memuji usaha mereka. Walaupun nampak kecil, namun hali ini dapat menghasilkan rasa yakin diri anak-anak dan lebih percaya diri untuk melakukan sesuatu sehingga berhasil. Jika mereka ada melakukan kesilapan, bimbing mereka dengan nada yang baik. Jangan sesekali meninggikan suara supaya mereka betul-betul berasa seronok dalam proses pembelajaran ini.

4) Masa Berkualiti Bersama Anak

Dengan melakukan aktivi memasak bersama, ia meningkatkan waktu dan peluang berkomunikasi antara ibu dan anak. Hal ini dapat membentuk hubungan yang kuat antara keduanya. Jadi, mulakan dari sekarang, kerana komunikasi ini perlu diadakan seawal mungkin, sejak anak sudah mampu memahami arahan kita.


“Jemari menyusun kalam
Fikir, bertindak memberi faham
Mengumpul bekal temu Rabbul alam”

No comments:

Post a Comment