Wednesday, 30 January 2019

4 Manfaat Memasak Bersama Anak

Bismillahirrahmanirrahim..


Ihsan foto: Google 

Pernah memasak bersama anak? Jika belum, jom cuba! Tentu kita akan dapati banyak manfaat daripada aktiviti bersama ini, di samping dapat menyediakan sajian sihat dari rumah. Apa manfaatnya ya? Yuk kita baca:

1) Mengenal Lebih Banyak Jenis Makanan

Diambil dari laman WebMD.com, Susan Moores, MS RD, Jurucakap American Dietetic Association mengatakan bahawa memasak bersama anak dapat membantu dalam menarik minat anak mencuba makanan baru. Anak-anak juga dapat mengeksplorasi makanan menggunakan deria lainnya selain deria rasa seperti deria bau dan deria sentuh.

Tak perlu menu yang payah dan leceh, aktiviti memasak ini boleh jadi berbentuk sederhana dan sangat mudah seperti membasuh sayur, mengacau adunan bater, mengusun strawberi di atas kek, dan sebagainya. Secara tidak lansung, kita akan lihat anak-anak lebih suka makan makanan yang telah disediakannya bersama-sama kita. Tiada lagi episod paksa makan untuk anak-anak. Lebih 'enjoyable' kan? Anak-anak pun boleh kenal makanan yang baik untuk kesihatannya.

2) Tingkat Kemampuan dan Daya Anak

Dengan aktiviti memasak, anda boleh lebih berkreativiti dalam meningkatkan kemampuan asas anak-anak seperti mengira, membaca, mahupun mengukur, sesuai dengan usia mereka. Contohnya, anak berusia 3 tahun diajar untuk mengira bilangan telur, anak 5 tahun diajar untuk menuang air sehingga 250ml, dan sebagainya.

Jadi, dengan melibatkan anak-anak, mereka akan sentiasa aktif untuk berfikir saat melakukan tugasan. Aktiviti memasak boleh jadi aktiviti yang sangat menarik untuk mereka belajar, tanpa bosan apabila hanya perlu duduk diam di meja belajar untuk membaca dan membuat latihan.

3) Tingkat Keyakinan Diri Anak

Memasak bersama anak mampu meningkatkan keyakinan diri anak. Bagaimana? Pada usia kanak-kanak, mereka sangat suka untuk menunjukkan bahawa mereka boleh dan mampu lakukan sesuatu dengan sendiri. Jadi, apabila mereka berjaya menghasilkan sesuatu menu bersama kita, mereka akan merasa sangat bangga dan ingin orang sekeliling untuk mencuba.

Jangan lupa untuk memuji usaha mereka. Walaupun nampak kecil, namun hali ini dapat menghasilkan rasa yakin diri anak-anak dan lebih percaya diri untuk melakukan sesuatu sehingga berhasil. Jika mereka ada melakukan kesilapan, bimbing mereka dengan nada yang baik. Jangan sesekali meninggikan suara supaya mereka betul-betul berasa seronok dalam proses pembelajaran ini.

4) Masa Berkualiti Bersama Anak

Dengan melakukan aktivi memasak bersama, ia meningkatkan waktu dan peluang berkomunikasi antara ibu dan anak. Hal ini dapat membentuk hubungan yang kuat antara keduanya. Jadi, mulakan dari sekarang, kerana komunikasi ini perlu diadakan seawal mungkin, sejak anak sudah mampu memahami arahan kita.


“Jemari menyusun kalam
Fikir, bertindak memberi faham
Mengumpul bekal temu Rabbul alam”

Monday, 28 January 2019

Resepi Chef Junior: Biskut Coklat Chip

Bismillahirrahmanirrahim..

Anda sedang mencari resepi mudah? Mencari idea untuk memasak bersama anak-anak? Ini antara resepi yang boleh anda gunakan.


Biskut Coklat Chip (baca: chocolate chip cookies) ala-ala Famous Amos, tapi kurang manis. Keistimewaan apabila kita sendiri yang menyediakannya di samping mendapat masa bersama anak-anak, ialah dapat mengawal kadar gula dalam pemakanan juga jimat!

Resepi bagi 100 keping biskut. Jika mahukan lebih, gandakan sahaja adunan kecuali telur, hanya 1 biji sahaja.

Bahan A:
1/4 cawan gula halus/ kaster
1/2 cawan perang
1/2 cawan butter (+-75g)
1/2 cawan minyak jagung/ minyak masak
1 biji telur gred A
1/4 sk garam
1/2 sb susu (segar/tepung)
1/2 sk esen vanila

Bahan B:
2 cawan tepung gandum
1 sb serbuk koko
1 sb tepung jagung
1/2 sk cream of tartar (boleh diganti dengan 1/2 sk cuka/lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1 cawan choc chip (boleh diganti cooking choc yang dipotong kecil)
1/2 cawan kacang (walnut/ sunflower seeds atau apa2 jenis kacang)

Cara-caranya:

1) Satukan semua Bahan A dalam bekas besar, adunkan sebati menggunakan whisk.

2) Ayakkan tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonat, tepung jagung dan cream of tartar.

3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan. kacau menggunakan spatula.

4) Masukkan kekacang dan choc chips. Jangan risau, adunan memang agak lembik.

5) Sejukkan/ keraskan adunan sebentar lebih kurang setengah jam di dalam peti ais.


6) Sementara panaskan oven, bolehlah disusun biskut di atas loyang pembakar. Mudah, hanya menggunakan sudu, letak kecil2 dan jarakkan. Loyang tidak perlu dilenser butter.

7) Bakar pada suhu 160C selama 20 minit. Gunakan api atas bawah, dan fungsi kipas (jika ada).



8) Angkat, dan sejukkan di atas jaring.

9) Dah sejuk, baru simpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba!


“Jemari menyusun kalam
Fikir, bertindak memberi faham
Mengumpul bekal temu Rabbul alam”


Sunday, 27 January 2019

6 Sebab Pentingnya Carseat

Bismillahirrahmanirrahim..



Selalu kita terbaca di akhbar atau menonton di televisyen tentang kecederaan mahupun kematian kanak-kanak dalam kemalangan kenderaan disebabkan tidak menggunakan kerusi keselamatan (baca: carseat). Jadi, tidak pelik kenapa banyak negara Eropah seperti Australia, US dan negara-lain telah mewajibkan untuk meletakkan anak di atas carseat ketika kereta bergerak, jika tidak dapat patuhi peraturan ini, akan disaman.

Berikut adalah 5 SEBAB PENTINGNYA CARSEAT:

1) Statistik Kemalangan



Statistik yang telah dibuat oleh MIROS (Malaysian Institute of Road Safety Research) menunjukkan kematian kanak-kanak akibat kemalangan kereta dapat dikurangkan kepada 70% dengan penggunaan carseat yang sesuai dan cara yang betul. Ia adalah langkah utama bagi melindungi anak-anak dari kecederaan serius.

2) Tali Pinggang Keselamatan (baca: Seat belt) Direka Khas bagi Orang Dewasa

Seat belt di dalam kereta saiznya sesuai dengan orang dewasa, di mana ia menyilang antara pinggang, dada dan bahu. Apabila pelanggaran (baca: accident) berlaku, daya hentakan akan tersebar dengan rata pada masa yang sama, mengurangkan kecederaan tisu dalaman. Sebaliknya, jika dipakaikan pada kanak-kanak, tali akan menyilang pada leher, dan ia sangat berbahaya.

3) Malang Tidak Berbau

Jika berlaku kemalangan, pada masa yang sama kanak-kanak tidak menggunakan carseat, mereka akan melonjak ke hadapan dan hanya akan berhenti jika terdapat objek yang menghalang. Ia menjadi antara sebab berlakunya pendarahan dalam kepala akibat hentakan, atau tercampak keluar kereta.

4) Fungsi Keselamatan



Fungsi carseat ada tiga. Pertama, melindungi & menjauhi badan dari struktur kenderaan semasa kemalangan. Kedua, mengurangkan momentum dalam keadaan terkawal dan terakhir ialah menyebarkan daya ke arah anggota badan yang lebih kuat dengan kecederaan minumum pada organ dalaman. Jadi, pastikan mengikut arahan semasa memasang carseat agar ia dapat berfungsi dengan  baik.

5) Fokus pada Pemanduan

Kanak-kanak lumrahnya tidak dapat duduk diam dan cepat bosan. Semestinya fokus pemanduan akan terganggu kerana pengawasan perlu diberikan di sepanjang perjalanan. Dengan adanya carseat, pengawasan amat minimum dan fokus pemaduan juga kurang terganggu.

Setelah tahu peri pentingnya carseat, terletak pada kita sebagai ibubapa untuk memberian yang terbaik buat anak-anak. Pilihlah carseat yang sesuai mengikut umur dan disahkan oleh SIRIM.


“Jemari menyusun kalam
Fikir, bertindak memberi faham
Mengumpul bekal temu Rabbul alam”

Anak Diajar Bulan

Bismillahirrahmanirrahim..




Sudah menjadi kebiasaan kami berulang-alik Pasir Puteh- Kota Bharu. Perjalanan memang memerlukan daya kreativiti yang tinggi bagi mengelakkan anak-anak bosan berada di dalam kereta yang membataskan pergerakan mereka. Yang paling penting, supaya anak-anak mampu bertahan untuk duduk di carseat mereka di sepanjang perjalanan.

Kereta bergerak, Kakak Arwaa memulakan bicara..

"Wah.. Ada bulan. Bentuk circle. Yellow colour.."
.
.
"Ummi.. Bulan ikut kakak lah."
.

.
"Tengok tu, bulan menyorok. Hilang belakang kedai."
.
.
"Eh, sampai rumah bulan ikut."


Macam familiar diolog ni. Sebab rasanya dulu ummi pun gitu. Pelik kenapa bulan ikut kereta gerak.
Memang asyik! Sejam pun tak sedar duduk atas carseat sambil perati ke bulan. Cantik.. Lagi-lagi waktu bulan penuh, terang-benderang malam.

Begitulah bulan. Berfungsi mengikut aturan Tuhan. Patuhnya pada sistem, menghasil manfaat buat sekeliling. Begitu juga diterangkan kepada anak, peraturan di dalam kereta antaranya ialah duduk di atas carseat. Terima kasih anak, kau patuh aturan ini, menjadi salah satu asbab perjalanan kita selamat. Alhamdulillah.

Belajar dari alam. 
Kerana di situ kau kenal Tuhan. 
Kenal, kagum, akhirnya tunduk akan kehebatan. 
Lalu kalimah "Subhanallah" diungkap insan.



“Jemari menyusun kalam
Fikir, bertindak memberi faham
Mengumpul bekal temu Rabbul alam”

Saturday, 26 January 2019

5 Tips Didik Anak Tidak Ketagih Makanan Ringan

Bismillahirrahmanirrahim..


Makanan ringan ataupun dipanggil sebagai jajan merupakan makanan yang tinggi kalorinya, namun tiada nilai nutrisi. Sedang anak-anak yang sedang membesar memerlukan kepada nutrisi yang lengkap bagi perkembangan IQ dan EQ yang sihat.

Jadi ibubapa haruslah bijak dalam mendidik anak-anak supaua tidak ketagih jajan. Saya kongsikan tipsnya yang telah disampaikan oleh Dr Hamid Jan.

TIPS 1: 
Jangan membeli makanan ringan. Jadikan amalan ini sebagai prinsip setiap kali membeli belah di shopping complex mahupun kedai runcit.

TIPS 2: 
Ibubapa elak makan makanan ringan di hadapan anak-anak. Jadilah kita ibubapa yang menjadi contoh tauladan terbaik buat anak-anak. 

TIPS 3: 
Gantikan makanan ringan dengan sajian yang lebih berkhasiat seperti buah-buahan, biskut mahupun roti. Di rumah, sentiasa pastikan stok buah-buahan sentiasa ada di dalam peti ais, boleh dijadikan sajian waktu 'snacking time'.

TIPS 4: 
Jika dalam perjalanan jauh, bekalkan buah-buahan potong, snek sihat, juga bekalan air masak yang mencukupi bagi mengurangkan keinginan membeli jajan.

TIPS 5: 
Tingkatkan pengetahuan tentang bahayanya makanan ringan. Ibubapa boleh bercerita kepada anak-anak akan kesan negatifnya.


Ke arah keluarga yang lebih sihat, insyaAllah!


“Jemari menyusun kalam
Fikir, bertindak memberi faham
Mengumpul bekal temu Rabbul alam”




Ummi Tenang, Anak Happy!

Bismillahirrahmanirrahim..

Ihsan foto: Google

Kakak datang berlari2 meluru ke dalam bilik.
"Ummi, kakak nak makan telur!"

"Ok, boleh. Sekejap ya. Ummi nak pakaikan baju adik"
"Telur pecah, ummi!"


Alahai, pepagi ni jadi cerita pulak dah. 
Stop pakaikan baju, pandang mukanya & senyum.


"Ok, kakak cerita kat ummi."
"Kakak nak telur. Kakak ambil nak masak. Pastu jatuh, pecah."
"Kakak nak rebus telur ya?"
"Haah. Kakak nak makan."


Settlekan kerja berbaki, terus ke dapur dan lap telur yang jatuh.
 Sambil lap sama2,
"Ummi.. Telur ada minyak kan."
"Owh, ni telur putih dia. Lepas rebus yang ni jadi warna white.."
"Ummi, ni yellow. Circle."
"Betul, kakak."
"Warna brown kan kulit dia.."
.
.
.
(lagi dan lagi)


Kadang. 
Ummi hanya perlu kawal emosi
Anak akan dapat ruang belajar & mengekspresi.

Kadang. 
Ummi hanya perlu mendengar
Anak akan peroleh waktu recall & revision.

Kadang. 
Ummi hanya perlu beri perhatian seketika. 
Anak akan rasa dihargai & disayangi.

Begitulah kita. 
Mudah lupa. 
Bila dapat buat macam ni, rasa nak reward diri. 
Mungkin dapatnya jarang sekali, sebab selalu terlebih ekspresi.


Biar jarang, asal pernah. 
Dalam diri diletak azam mendatang. 
Moga terus istiqamah, ummi


Eh, duduk sapu balm Calm Time kat anak2 lepas mandi, calit sikit kat diri sendiri ya.. 
Boleh bantu mak2 pun jadi tenang jugak.


“Jemari menyusun kalam
Fikir, bertindak memberi faham
Mengumpul bekal temu Rabbul alam”


Tasneem Naturel: SKEENZ BALM

Bismillahirrahmanirrahim..




     Bayi yang lahir mempunyai kulit yang sangat sensitif, terutamanya bayi yang mempunyai masalah Ruam, Ekzema, Allergik dan sebagainya. Oleh itu, ibubapa seharusnya bijak dalam memilih produk buat kesayangan. Memperkenalkan Balm 'bongsu' (setakat ini) dari Tasneem Naturel iaitu Skeenz.



     Balm ini mengandungi 10 minyak pati (baca: essential oil) yang terdiri daripada Olus Oil, Beeswax, Shea Butter, Octyldodecanal, Vitamin E, Argan Oil, Blackcurrent Oil, Sunflower Seed Oil, Balloon Plant, dan Rosemary. Semua bahan ini sudah diketahui umu dapa membantu kesembuhan pada masalah kulit bayi, dan yang paling penting ia selamat untuk digunakan pada kulit bayi yang sensitif pada bahan kimia berbahaya.


     Balm Skeenz boleh digunakan bagi mengatasi masalah kulit yang ringan seperti ruam, gatal-gatal, melecet, kulit kering, gigtan nyamuk dan lebam. Ramai ibubapa yang telah berkongsi kegembiraan apabila mendapat kesan positif dari penggunaan balm ini. Berikut adalah testimoninya:








     Dengan fungsi yang pelbagai ini, Balm Skeenz sangat-sangat penting untuk disimpan di setiap rumah yang mempunyai bayi dan anak kecil, termasuk untuk dibawa berjalan. Ia diperlukan pada bila-bila masa kerana kehidupan anak kecil yang sukar dijangka. 
      
     Disarankan juga untuk menggunakan Balm Skeenz bersama Balm Calm untuk mendapatkan hasil yang terbaik.




     Namun, jika masalah berlanjutan atau melibatkan masalah kulit yang serius, hendaklah dirujuk terus kepada doktor terdekat anda.



“Jemari menyusun kalam
Fikir, bertindak memberi faham
Mengumpul bekal temu Rabbul alam”


Berminat? Hubungi saya;

WA: 0129282577
                                                            Fb: Muna Majidah Zameran

Wednesday, 23 January 2019

5 Cara Segarkan Cinta Dalam Rumah Tangga

Bismillahirrahmanirrahim..



     "Barakallahu lakuma wa baraka ‘alaikuma fi khayr!” bait doa yang dilantun untuk pasangan pengantin agar perkahwinan yang dibina dihiasi barakah dan terhimpun dalam kebaikan. Didalam hati, doa yang sama saya pohon agar perkahwinan kami kekal bahagia.
     Jujurnya, mengekalkan momentum cinta tidak semudah hanya sekadar melafazkan “ i love you, sayang! ”. Proses menyemai cinta itu adalah proses yang konsisten dan berpanjangan.
     Dalam kesibukan hari-hari yang dipenuhi dengan urusan kerja, temujanji, usrah, program dan sebagainya, mempamerkan cinta kepada pasangan sudah seperti perkara yang lapuk untuk dinyatakan. Alah, suami isteri kan memang seharusnya untuk dicintai. Hujah kita.
     Lantas kita terlupa untuk memberikan pujian, terlupa untuk pelukan mesra, terlupa membantunya yang sedang terkocoh-kocoh menyiapkan makan malam. Segalanya seakan hambar. Perkataan romantis hilang dari kamus perkahwinan. Seolahnya seperti kita memang selalu perasan cinta itu akan sentiasa ada walau tanpa dibaja.
Dalam firman Allah : 
Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir 
(Ar-Ruum 21)

     Rasa cinta antara suami dan isteri adalah rasa yang terhormat dan mulia. Melalui pasangan kita, Allah menitipkan antara nikmat cinta yang diberikan untuk hamba-hamba yang dikehendakiNya. Dalam tafsiran kalimah mawaddah, ia memberi makna cinta yang bergelora dalam rumah tangga. Menurut sebahagian pemberi tafsir, Allah menggunakan kata ‘ja’ala” yang menunjukkan diperlukan ilmu dan usaha dalam menghadirkan perasaan cinta itu.
     Maka kebanyakkan rumah tangga bermasalah bukan disebabkan kurangnya cinta, melainkan kurangnya ilmu. Contohnya ilmu dalam menzahirkan dan memahami bahasa cinta pasangan.
     Melalui kajian kaunselor keluarga, Dr. Gary Chapman menyatakan terdapat 5 bahasa cinta yang digunakan dalam memahami dan mengekpresikan cinta. Setiap individu berbahasa dengan bahasa cinta yang berbeza. Kesukaran memahami bahasa cinta dari pasangan kita mampu menyebabkan pasangan atau diri kita merasa tidak dihargai.
Bahasa Cinta #1 - Luahan penghargaan
Ada orang sangat suka memberi pujian dan penghargaan. Siapa pula yang tak sukakan pujian? Kata penghargaan adalah merupakan bahasa cinta yang mudah diucap. Tidak perlu tunggu untuk perkara yang besar untuk berikan pasangan pujian. Hal-hal sederhana seperti memuji kecantikannya, mengucapkan terima kasih kerana membuangkan sampah, semuanya layak untuk terima ucapan pujian. Luahan penghargaan bukan hanya dilakukan ketika awal perkahwinan sahaja ya. Tetapi selamanya.
Bahasa Cinta #2 - Masa berkualiti
Meskipun sebagai pasangan suami isteri yang tinggal sebumbung, namun kadang-kadang tiada masa berkualiti. Masing-masing sibuk dengan urusan kerja rumah atau anak-anak. Percayalah, pasangan akan sangat menghargai masa yang diluangkan untuk membuat aktiviti bersama. Walaupun hanya duduk dan mendengarnya, itu lebih dari cukup. Namun, jangan pula ketika bersama anda asyik mengadap handphone.
Bahasa Cinta #3 : Meraikan pemberian atau hadiah
Tidak perlu tunggu hari kelahiran atau ulangtahun perkahwinan untuk berikan hadiah kepada pasangan. Hadiahkanlah kepada pasangan se-simple kuih karipap untuk minum petang. Pasti si dia tersenyum simpul mengenangkan kebaikan anda. Jangan salah faham pula, pasangan yang dominan bahasa cintanya menerima hadiah ini sebagai materialistik. Si dia bukan mahu hadiah yang mewah, paling penting baginya adalah makna di sebalik hadiah tersebut walaupun hadiahnya kecil dan murah.
Bahasa Cinta #4 - Sentuhan Fizikal
Sentuhan fizikal adalah salah satu bentuk komunikasi yang paling berkesan. Tidak ada salahnya jika anda selalu memanjakan pasangan yang mempunyai bahasa cinta sentuhan fizikal ini dengan memberikan pelukan kepadanya dalam situasi apapun. Tip mudahnya, setiap kali anda keluar bersama peganglah bahu atau tangan si dia. Pasti berbunga-bunga hatinya.
Bahasa Cinta #5 - Layanan Khidmat Bantuan
Terkadang kita merasakan banyak perkara yang sudah dilakukan dalam menzahirkan kasih sayang namun si dia masih merasakan belum cukup dihargai. Cuba semak adakah kita sudah cukup melayan dan membantu pasangan dalam urusan sehariannya seperti membantunya mencuci kereta, membantunya menyediakan sarapan atau dalam urusan yang mampu meningkatkan produktiviti kerja. Sifir mudahnya, apa sahaja perkara si dia sedang lakukan, cuba bantu bersama untuk menggembirakannya.
Menurut Dr Gary Chapman lagi, kebanyakan pasangan mempunyai bahasa cinta yang berbeza. Di sinilah setiap pasangan harus mengetahui dan belajar bagaimana membuatkan pasangannya rasa dicintai dan dihargai. Walaupun setiap pasangan cenderung untuk mempamerkan satu bahasa yang dominan daripada yang lain, namun kita masih mampu menikmati bahasa cinta yang lain juga.
Lima bahasa cinta ini perlu diadun dengan kreatif dalam menyegarkan cinta antara pasangan.
Jadi, yang mana satu agaknya bahasa cinta anda dan pasangan?
Cuba jawab kuiz pada halaman ini untuk mengetahuinya lebih lanjut :

..............
Diambil dari: Facebook JK PEKA IKRAM

“Jemari menyusun kalam
Fikir, bertindak memberi faham
Mengumpul bekal temu Rabbul alam”


BOOKXCESS CYBERJAYA: Tempat Wajib Disinggah Sekitar KL, Kedai Buku 24 Jam yang Pertama Di Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim..



Merai Kempen "Malaysia Membaca" yang telah dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr Maszlee Malik. 

Ihsan foto: Google

BookXcess yang terletak di Tamarind Square, Cyberjaya adalah tempat wajib yang perlu dilawati jika ke Kuala Lumpur, dan yang penting, merupakan tempat yang sesuai untuk anda bawa anak-anak sekali ke sana.

Kid's Section (Ihsan foto: Google)

Pertama kali dapat pergi. Memang dah target nak ke bookstore waktu berjalan di KL last week lepas tengok tarikh tak kena dengan Big Bad Wolf (BBW).

Ruang Kerja Percuma, ada ruang tertutup & terbuka (Ihsan foto: Google)

Pergi Bookxcess di Cyberjaya ni mudah. Tempat tenang, parking free, besar dan luas, paling best 24-hrs buka. Boleh pergi bila-bila. Siap boleh lepak-lepak bermanfaat.

Dah sembang dgn pekerja yang melayan kami, baru tahu ni syarikat yang sama dgn BBW. Patutlah buku-bukunya banyak sama, cuma harga tak semurah di BBW. By the way, happy kot sebab macam tercapai hasrat.

Anak-anak enjoy

Sedar tak sedar, berejam2 stay sini. Arwaa pun enjoy masukkan buku dalam trolley, waduhz.. Then cakap dekat dia kita akan pilih beberapa sahaja ya.

Antara yang sempat tangkap:
1) Positive Discipline, the First 3 Years (Jane Nelson)
2) Child's Values
3) Disney: 5 Read-along Story with CD
4) Campbell's Soft Cloth Book-Faces
5) Baby Touch & Feel Cards

Dah cukup, kami balik dulu. Nanti datang lagi, sebab dapat voucher RM10


“Jemari menyusun kalam
Fikir, bertindak memberi faham
Mengumpul bekal temu Rabbul alam”


Tuesday, 22 January 2019

Anda Sedang Memilih Pengasuh Anak? Ini 'Checklist'-nya

Bismillahirrahmanirrahim..

Kini, banyak kita didedahkan dengan berita2 kemalangan yang berlaku di taska mahupun rumah pengasuh. Hal ini sangat membimbangkan ibubapa yang bekerja dan terpaksa menghantar anak di bawah penjagaan orang luar. Menjadi ibubapa memerlukan kita untuk sangat teliti dalam pemilihan taska ataupun pengasuh.

Saya kongsikan di sini Senarai Semak/ Panduan dalam Pemilihan Pengasuh di Rumah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 


Tambahan bagi senarai semak (baca: checklist) di atas, saya kongsikan lagi 5 TIPS TAMBAHAN DALAM PEMILIHAN PENGASUH YANG BAIK buat anak-anak:

1) Pengasuh mengamalkan cara hidup Islam yang syumul (baca: menyeluruh). Kita yakin, dengan asuhan yang baik akan mencorak hasil didikan yang baik. Kita boleh mengenalinya melalui cara bercakap, berpakaian, juga adab dan akhlaknya.

2) Anak suka dan selesa dengan pengasuhnya. Mungkin hal ini susah untuk dikenalpasti pada awal-awal proses penyesuaian. Namun, setelah beberapa hari, kita akan boleh melihat samada anak kita boleh bermesra dan selesa bersama pengasuhnya. Jika tidak, cuba selidiki puncanya dan cuba mencari solusi lain.

3) Pengasuh gembira apabila melihat anak kita. Kasih sayang dan kemesraan tidak boleh dilakonkan. Jika pengasuh itu benar-benar baik, dia akan menjaga dan menyayangi anak kita seperti anak mereka sendiri.

4) Pengasuh sedia membantu kita dalam menyelesaikan sebarang masalah berkaitan anak kita. Mereka sentiasa menghubungi dan berkomunikasi dengan kita dalam memberitahu perkembangan anak dan segaa yang berlaku sepanjang hari di bawah jagaannya.

5) Kemalangan jarang berlaku. Sudah tentu kemalangan kecil seperti bergaduh dengan kawan dan terhantuk atau terjatuh akan berlaku. Namun, pengasuh yang baik akan memastikan keselamatan anak kita adalah keutamaannya.

Moga dengan usaha pemilihan pengasuh yang tepat mengelakkan dari sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Selesai usaha pemilihan, segalanya diserahkan kepada-Nya, Rabb yang Maha Memelihara.


“Jemari menyusun kalam
Fikir, bertindak memberi faham
Mengumpul bekal temu Rabbul alam”



Sunday, 20 January 2019

Ummi, Boleh Saya Tolong?

Bismillahirrahmanirrahim..



     "Ummi, boleh kakak tolong?" Ayat ini sangat indah jika keluarnya dari  mulut anak yang sudah besar. Tapi bagaimana reaksi kita jika anak yang berusia 3 tahun ke bawah yang menyebutnya? "Argh, serabut!"

     Bila anak nak tolong, beri peluang untuk mereka menolong sejak kecil. Raikan kemahuan mereka untuk membantu kita. Inilah ruang untuk membina AUTONOMOUS action. Iaitu, tanpa perlu disuruh, anak dah tahu nak buat sendiri. Dah tahu nak tolong apa, dah tahu bagaimana caranya, walau kadang mungkin tersilap sedikit, inilah waktunya untuk mereka belajar.

     Teringat gelagat Arwaa, seorang anak yang berusia 2 tahun. Nampak abahnya terkena kaca dan luka. "Abah, sakit tak? Biar kakak sapu balm." Diambilnya balm Skeenz dan sapu. Kemudian meluru keluar bilik memanggil ummi, "Ummi, abah luka, sakit. Ummi letak tampal2 (baca: plaster)". Hebat kan..

     Terkedu juga kami melihat gelagatnya sambil tersenyum, sangat mengerti. Ya, dia tahu memberi. Autonomous care, autonomous action. Faham dan bertindak sebelum disuruh,

     Dari mana mereka belajar? Perlu ke kepada pendidikan formal berkaitan hal ini? Tidak! Mereka hanya belajar dari kehidupan mereka sendiri. Tanpa perlu bebelan panjang yang akhirnya tak difahami pun. Hanya 'sikap biar anak tolong' mak ayah yang boleh memupuk perkara ini.

     Secara fitrahnya, anak-anak memang rajin waktu kecil. Hanya kesilapan ibubapa/ penjaga yang mematikan ciri hebat ini. Akhirnya, sehingga dewasa, sudah terbiasa, tak akan buat kerja selagi tak disuruh. Di mana salah dan silapnya?


Masa anak nak tolong memasak, kita kata, 
"tepi sikit, jangan kacau kat sini, habis tumpah bahan-bahan ni nanti.."



Waktu anak nak tolong tarik trolley shopping, kita kata,
"Tak payahla, beratlah ni. Biar abah tarik, nanti terlanggar-langgar orang"
Dalam hati, takut orang kata kira dera anak, malulah..



Bila anak nak tolong siram pokok, kita tak bagi juga,
"Habislah basah kawasan ni, nanti kotor, bazir air pulak tu, Hisy, rimas.."



Anak nak tolong kemas baju, nak tengok cara kita lipat, kita pula halau lagi,
"Janganlah dekat2 sini, main sana. Nanti rosak baju2 yang dah lipat ni. 
Awak bukan pandai pun lagi nak lipat baju.."



 Kakak nak tolong tepuk adik, lagi kita suruh jauh.
Sedang si kakak sibuk dendangkan "lailahaillah, Muhammad Rasulullah.."
Risau terlampau risau tahap melebih2 adik akhirnya tak tidur.



Lagi kakak nak tolong suapkan adik, lagi kita halang.
Terpinga si kakak, sebenarnya makanan apa yang boleh adik makan, 
caranya bagaimana nak disuap..
Tapi mak pulak marah, jerit2,
"Dah, kau jangan memandai2 nak suap. 
Bibik ada boleh tolong bagi makan adik ni"
Sedang sebenarnya mak di depan mata, boleh sahaja pantau cara suapan,
dan diperbetul caranya..


     Dengan kejadian2 ni, tak pelik bila selepas 10 tahun, anak tak membantu. Sudah tak autonomous lagi.. Usah hairanlah kenapa.. Pengalaman telah mengajarnya satu perkara, "Lagi selamat untuk tidak membantu..". Kalau pinggan pecah, kena marah bertubi. Kena pulas telinga, rotan dengan hanger, sepak juga (na'uzubillah min dzalik). Astaghfirullahal 'adzim..

     Moga kita terus dibimbing-Nya menjadi ibu ayah terbaik buat anak2. Bimbing dan didik anak dengan hati yang penuh kasih sayang. Anak hebat bermula dengan didikan hebat di rumah, InsyaAllah :)



“Jemari menyusun kalam
Fikir, bertindak memberi faham
Mengumpul bekal temu Rabbul alam”



Saturday, 19 January 2019

Tasneem Naturel: T-RUB

Bismillahirrahmanirrahim..



     Dahulunya dikenali sebagai Tummy Time Balm, tapi bagi mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), namanya telah ditukar kepada T-Rub. Nama bertukar, namun fungsinya tetap sama.



     Secara umumnya, balm ini diformulasi bagi membantu masalah perut, dan kini ia telah terkenal dalam menggantikan minyak telon bayi. Sudah tentu, kita akan teruja setiap kali menyapu balm ini kerana ia dapat melegakan perut kembung, sembelit dan membuang angin berlebihan.

Cara penggunaannya begitu mudah. Hanya sapukan pada point-point tertentu, beserta urutan 'I love U'. Tentunya anak-anak suka, disamping dapat 'bonding time' antara ibu dan anak-anak kan..



     Balm ini sangat membantu dalam mengurangkan masalah penghadaman dengan adanya Fennel, Ginger, Lemongrass dan Anise sebagai bahan utama dalam penghasilan balm ini. Mari kita semak bahan-bahan utama yang terdiri daripada beberapa minyak pati (baca: essential oils) seperti berikut beserta fungsinya:



Balm ini sesuai digunakan bagi semua peringkat umur, termasuk bayi, kanak-kanak dan dewasa. Dikongsikan testimoni positif dari para pengguna:







“Jemari menyusun kalam
Fikir, bertindak memberi faham
Mengumpul bekal temu Rabbul alam”



Berminat? Hubungi saya;

WA: 0129282577
                                                            Fb: Muna Majidah Zameran